Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Felda Tenang Besut terletak dalam Daerah Besut Terengganu Darul Iman yang jaraknya lebih kurang 131 KM ke barat laut Kuala Terengganu.

Rancangan ini mula dibangunakan dalam tahun pembangunan 1922/1963 dengan keluasan tanaman seluas 1168.62 Hektar. Daripada jumlah ini seluas 199.01 hektar ditanam dengan pokok getah dan 969.45 hektar ditanam dan pokok kelapa sawit dan 127.62 hektar.

Selain itu, selebihnya dimajukan sebagai kawasan perkampungan. Peringkat 01 pada mulanya ditanam dengan pokok getah telah ditukar kepada pokok kelapa sawit mulai pada program tanam semula 1987/1988.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PROGRAM HARI RAYA FELDA TENANG

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2018

Program diadakan di Dewan Nurul Ihsan Felda Tenang. Aktiviti ini bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini adalah kerjasama antara PI1M Felda Tenang dan Pej Felda Tenang....baca selanjutnya

PROGRAM SIRI SIRAH NABI S.A.W

Aktiviti Terkini | 30 Mei 2018

Penghayatan Sirah Nabi memudahkan kita memahami dan menghayati kandungan kitab suci (Al-Quran) dan dapat merasai kemanisan dan kehendak al-Quran....baca selanjutnya

PROGRAM TEKA BILANGAN GETAH

Aktiviti Terkini | 21 April 2018

Program diadakan di dalam Sek Keb Lubuk Kawah Besut sempana Himpunan Komuniti Hulu Besut. Aktiviti ini bermula pada pukul 09.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini adalah kerjasama antara PI1M Felda Tenang dengan pemuda dan peteri dun Hulu Besut. Permainan mencari perkataan tersembunyi merupakan salah satu permainan mengasah minda yang sangat meminatinya....baca selanjutnya

PROGRAM MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI BERTULIS

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Program ini adalah kerjasama antara PI1M Felda Tenang dengan Felda serta pasukan bomba. Permainan mencari perkataan tersembunyi merupakan salah satu permainan mengasah minda yang sangat meminatinya....baca selanjutnya

PROGRAM MOBILE TEAM KWSP

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2018

Program ini bertujuan memberikan perkhidmatan dengan mendekati pelanggan terutamanya kepada pelanggan yang berada jauh dari pejabat KWSP...baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANGKATA

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2018

Pertandingan ini bertujuan untuk melatih serta mendidik pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif dan dapat memudahkan pertukaran pengetahuan di antara pelajar dan dapat menyediakan pelajar suatu persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti